Tuesday, August 18, 2009

SELAMAT BERPUASA...

Salam buat semua...dah hampir seminggu kak xana tak menjenguk dan update blog ni kerana kesihatan tak mengizinkan. Hari ni baru dapat tengok blog ni.Sebenarnya dah lama juga kak xana tak pernah demam teruk macam hari tu.Mungkin dengan penularan wabak Influenza A H1N1 di negara kita sekarang ni..tertempias jugak sedikit sebanyak simtomnya.Alhamdulilah...everything is fine..tak de gangguan paru-paru dan sekarang dah sihat..cuma tinggal anak kak xana yang kedua je yang masih lagi batuk-batuk dan tak dapat ke sekolah lagi.Nampaknya tak berapa hari lagi dah nak masuk bulan Ramadhan ye...so, kak xana ucapkan buat semua SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK! Kak xana pun dah nak mula membuat biskut raya...Di sepanjang bulan puasa ni kak xana memang tidak menerima sebarang tempahan untuk kek kerana akan sibuk menyiapkan semua tempahan biskut raya.Mungkin aktiviti blogging ni pun akan bercuti buat sementara waktu...hingga semuanya selesai.So untuk semua pengunjung dan followers blog ini...kita jumpa lagi selepas bulan Ramadhan nanti ye...

Sunday, August 2, 2009

VEGAN CAKE




















Beberapa hari yang lalu ada seorang pelanggan yang bertanyakan tentang vegan cake.Sebenarnya kak xana memang ada beberapa resipi vegan cake dalam koleksi kak xana...tapi tak pernah pun cuba membuatnya dan tak termasuk dalam senarai jualan kek kak xana pun.Tapi selepas ni nampak gayanya kak xana kena tambah lah ke dalam senarai tu.Oleh kerana tak pernah try buat kek ni jadi kak xana tak mau lah terus commit kat customer. So, kek ni kak xana buat khas untuk sample rasa buat Puan Suria yang bertanya...Kek ni khas untuk mereka yang vegetarian,adunannya tidak mengandungi telur! Resipi yang kak xana cuba ni pun nampaknya menjadi. Di sini kak xana buat vegan kek dengan topping mixed fruits.Topping boleh dipelbagaikan seperti almonds,walnuts,choc rice dll. Hmmm...tak sia-sia lah cubaan pertama kak xana buat vegan cake ni...menjadi gak!!

Friday, July 31, 2009

MINI TARTS..OH...MINI TARTS


Petang tadi kak xana busy dengan aktiviti " menenyeh tartlets "...dah tengah malam ni baru dapat mengadap PC. Ini last minute order dari staff Celestica di Kulim Hi-Tech...semuanya 40 biji mini tarts : egg tarts,strawberry cheese tarts & blueberry cheese tarts. Terima kasih di atas tempahan dan sokongan yang diberi..:-)


Thursday, July 30, 2009

BUTTERCREAM ROSES AMATUR



Dalam soal deco-mendeco kek ni...sebenarnya kak xana ni masih amatur.Bahan rujukan kak xana selama ni hanyalah buku-buku dan sumber dari internet. Dengan adanya you tube,memudahkan serba sikit kak xana dalam memahami tekniknya. Kak xana suka sangat tengok kek-kek yang dihias dengan buttercream roses yang comel-comel tu...tapi setakat ini masih kurang yakin lagi untuk dibuat ke atas kek yang ditempah customer...takut tak kemas...Selalunya to be safe,kak xana gunakan roses yang dah ready-made tu je...Tapi,in future kak xana memang berazam untuk praktik buttercream roses hasil tangan sendiri ni...


Memandangkan kat rumah masih ada lagi lebihan buttercream..dan siang tadi agak free sikit...kak xana pun cuba lah praktis buat roses ni.Maka terhasil lah buttercream roses macam dalam gambar-gambar tu. Hmmm...bila tengok gambar balik,memang perlu banyak praktis lagi kan? Kelopaknya ada yang tebal..ada yang nipis...betul tak? Memang need more improvement! Tapi sebenarnya sebelum ni hasilnya lebih teruk dari ni..tak menjadi..nak tau kenapa? Sebabnya masa guna nozzle untuk rose tu kak xana guna terbalik
dengan bahagian lebar di atas dan tirus di bawah...maka jadi rose terpenyek lah! Lepas tengok semula video di you tube tu...baru lah menjadi sikit...HAPPY...HAPPY...BETOI!!



Saturday, July 25, 2009

KEK BUTTER



Tempahan daripada Puan Suria ibu kepada rakan sekolah anak sulung kak xana.




















Resipi Kek Butter


250 gm butter
200 gm gula castor
5 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanila
210 gm tepung naik sendiri

Cara Membuatnya:

1. Panaskan oven kepada suhu 180C dan lenserkan acuan 7in. x 7in.

2
. Pukul butter dan gula hingga sebati.


3
. Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan sambil dipukul sebati
diantaranya.

4
. Masukkan esen vanila dan dipukul hingga adunan sebati dan gebu.


5
. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit-sedikit sambil dikaup balikkan dengan
menggunakan spatula atau senduk kayu hingga adunan sebati.

6
. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah dilenserkan tadi dan dibakar selama 50 -
60 minit mengikut kepanasan oven masing-masing.

7.
Setelah kek masak,sejukkan seketika kemudian keluarkan dari acuan dan biar kek sejuk
sepenuhnya.

SELAMAT MENCUBA!

Wednesday, July 22, 2009

KEK BARBIE


Ooohh...akhirnya tercapai juga hasrat untuk buat kek Barbie.Teruja sungguh rasanya!!Sebenarnya inilah kek Barbie pertama kak xana.Kek ni kak xana buat semalam untuk test skill sendiri dalam menghias kek seperti ini. Agak berpuas hati jugalah dengan hasilnya.Tapi...rasanya sayang pula nak potong kek ni...aduhai...






So..layar je lah semua gambar-gambar yang kak xana post ni ye..Kalau ada yang berminat tu..boleh lah order...