Friday, December 11, 2009

OLE-OLE DARI CAMERON

Menjadi benda wajib yang di bawa balik dari Cameron Highland sudah tentu lah strawberries..mengancam warnanya dan besar...borong dua tiga pek lah juga....


Selain strawberries, ole-ole lainnya sudah tentu pelbagai teh dengan pelbagai rasa yang banyak di jual kat kedai-kedai sepanjang jalan Cameron . Masa on the way balik tu..sempat singgah di Rose Valley yang banyak betul kedai-kedai yang menjual produk Cameron Highland. Kalau nak murah...kak xana rasa inilah tempat yang sesuai untuk berbelanja. Di sini kak xana banyak membeli sayur-sayuran segar,bunga segar dan bunga kering yang dijual cara longgok...dalam RM10 je...

Kelopak bunga ros pelbagai warna ini pula kak xana beli untuk dijadikan potpourri...satu pek lebih kurang saiz A4 ...Hari tu nyonya kedai tu offer,so kak xana dapat 4 pek dengan harga RM5 saja...harga sebenar satu pek RM2.Ini pun didapati di Rose Valley juga....


Ini lah hasil bunga segar yang telah digubah bila sampai di rumah...semua bunga ni cuma RM10 je di Rose Valley...


Ini pula semua kelopak bunga rose yang bersiap sedia untuk dimasukkan ke dalam oven...Haa...bukan kek saja yang dibakar dalam oven tau! Bunga pun boleh!!
Inilah hasilnya kelopak bunga rose yang siap kering menjadi potpourri dan hanya tunggu untuk digaulkan dengan potpourri oil saja...:) Bunyi macam buat biskut lah pulak....






Purple Sign
glitter graphics
,

No comments:

Post a Comment