Friday, October 9, 2009
HANTARAN PERTUNANGAN
Wednesday, October 7, 2009
KEK PERTUNANGAN
M

Ini juga adalah gambar yang terlewat posting ye...baru berkesempatan.Kek ini adalah kek pertunangan yang kak xana buat untuk adik ipar kak xana yang telah melansungkan majlis pertunangannya pada hari raya ke-3 yang lepas.Inilah pertama kali kak xana mencuba buttercream roses di atas kek hantaran.Excited juga!! Kak xana sekadar membuat kek butter di dalamnya dan dihias dengan buttercream berperisa oren.Saiz kek hantaran ni 9in. iaitu 1kg.Agak lama juga tak buat deco anyaman...so,kak xana pun buat je untuk kek adik ipar ni...

Ini juga adalah gambar yang terlewat posting ye...baru berkesempatan.Kek ini adalah kek pertunangan yang kak xana buat untuk adik ipar kak xana yang telah melansungkan majlis pertunangannya pada hari raya ke-3 yang lepas.Inilah pertama kali kak xana mencuba buttercream roses di atas kek hantaran.Excited juga!! Kak xana sekadar membuat kek butter di dalamnya dan dihias dengan buttercream berperisa oren.Saiz kek hantaran ni 9in. iaitu 1kg.Agak lama juga tak buat deco anyaman...so,kak xana pun buat je untuk kek adik ipar ni...
Monday, October 5, 2009
SEKADAR BERKONGSI...
HANTARAN KEK VEGI
KEMBALI BLOGGING...
Salam semua...selamat kembali blogging dari kak xana ye...wah!! dah agak lama kak xana tak update blog ni.Lebih kurang sebulan ++ tu...maklum saja lah sebulan berpuasa kak xana memang sibuk menyiapkan segala tempahan biskut raya para pelanggan semua dan memang nya tak ada kesempatan lansung nak update blog dan menjenguk segala email.Bukan itu saja, tidur pun tak cukup!! Minggu pertama raya pula sibuk dengan melayan tetamu yang datang ke rumah dan menghadiri kenduri rumah terbuka..begitu lah kesibukannya...tiga empat hari yang lepas kak xana ingat nak mula lah aktiviti blogging ni dah...tup!tup! internet connection ada problem pulak di area sini.Jadi baru sekarang lah kak xana dapat mula...banyak juga yang nak kena update..walaupun dah terlewat ni.Rasanya masih dalam mood Raya lagi sekarang ni...so, SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI buat semua....
Tuesday, August 18, 2009
SELAMAT BERPUASA...
Salam buat semua...dah hampir seminggu kak xana tak menjenguk dan update blog ni kerana kesihatan tak mengizinkan. Hari ni baru dapat tengok blog ni.Sebenarnya dah lama juga kak xana tak pernah demam teruk macam hari tu.Mungkin dengan penularan wabak Influenza A H1N1 di negara kita sekarang ni..tertempias jugak sedikit sebanyak simtomnya.Alhamdulilah...everything is fine..tak de gangguan paru-paru dan sekarang dah sihat..cuma tinggal anak kak xana yang kedua je yang masih lagi batuk-batuk dan tak dapat ke sekolah lagi.Nampaknya tak berapa hari lagi dah nak masuk bulan Ramadhan ye...so, kak xana ucapkan buat semua SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK! Kak xana pun dah nak mula membuat biskut raya...Di sepanjang bulan puasa ni kak xana memang tidak menerima sebarang tempahan untuk kek kerana akan sibuk menyiapkan semua tempahan biskut raya.Mungkin aktiviti blogging ni pun akan bercuti buat sementara waktu...hingga semuanya selesai.So untuk semua pengunjung dan followers blog ini...kita jumpa lagi selepas bulan Ramadhan nanti ye...
Sunday, August 2, 2009
VEGAN CAKE
Beberapa hari yang lalu ada seorang pelanggan yang bertanyakan tentang vegan cake.Sebenarnya kak xana memang ada beberapa resipi vegan cake dalam koleksi kak xana...tapi tak pernah pun cuba membuatnya dan tak termasuk dalam senarai jualan kek kak xana pun.Tapi selepas ni nampak gayanya kak xana kena tambah lah ke dalam senarai tu.Oleh kerana tak pernah try buat kek ni jadi kak xana tak mau lah terus commit kat customer. So, kek ni kak xana buat khas untuk sample rasa buat Puan Suria yang bertanya...Kek ni khas untuk mereka yang vegetarian,adunannya tidak mengandungi telur! Resipi yang kak xana cuba ni pun nampaknya menjadi. Di sini kak xana buat vegan kek dengan topping mixed fruits.Topping boleh dipelbagaikan seperti almonds,walnuts,choc rice dll. Hmmm...tak sia-sia lah cubaan pertama kak xana buat vegan cake ni...menjadi gak!!
Subscribe to:
Posts (Atom)





